Pendidikan Norhafizah Musa

Norhafizah memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Psikologi Islam dari Universiti Malaya, Malaysia pada 2018 dengan tesisnya[2] bertajuk "Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara". Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan juga dari Universiti Malaya. Terdahulu, beliau telah menamatkan ijazah Sarjana Muda dalam Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Yarmuk, Jordan.